Wednesday, February 18, 2015

Clixster Mengecewakan Pengguna!!!

Seperti yang tertera pada tajuk diatas, Clixster telah mengecewakan beribu-ribu penggunanya apabila mengenakan sistem ppu(pay per use) pada pakej internet serta telah mengurangkan data internet yang ditawarkan selepas menaik taraf sistem perkhidmatan mereka setelah bertukar rangkaian dari Digi ke U Mobile.

Pelan data Clixster sebelum naik taraf:
Selepas kehabisan kuota, kelajuan internet akan dikurangkan kepada 128Kbps(kelajuan muat turun dalam 16KBps) pada semua pakej internet yang ditawarkan.

Pelan data Clixster selepas naik taraf:
Anda akan dikenakan caj 1sen untuk 100kb untuk penggunaan internet selepas kehabisan kuota bagi setiap pakej internet yang ditawarkan.

Kesimpulan: Pelan baru data internet yang ditawarkan Clixster selepas naik taraf sistem adalah amat mengecewakan dan tidak berbaloi berbanding apa yang ditawarkan sebelum ini. Diharap anda semua tidak menggunakan perkhidmatan Clixster dan beralih kepada telko yang tidak menggunakan sistem PPU.

No comments:

Post a Comment